Menu
Penyakit kusta Ciri-ciri klinikalPenyakit ini disebabkan oleh basilus yang membiak amat perlahan dan kebanyakkannya menjejaskan kulit, saraf, dan membran mukus. Organisma ini tidak pernah dibiakkan dalam media bakteriologi atau kultur sel, tetapu telah dibiakkan dalam tapak kaki tikus. Ia berkait dengan M. tuberculosis, basilus yang menyebabkan batuk kering.
Kaedah penularan kusta kekal tidak jelas. Kebanyakan penyiasat merasakan bahawa M. leprae disebarkan dari seseorang ke seseorang dalam titisan pernafasan. Apa yang diketahui adalah kadar penularan adalah amat perlahan.
Penyakit jangkitan kronik ini biasanya memberi kesan kepada kulit dan saraf pinggir tetapi mempunyai manifastasi klinikal yang luas. Pesakit dikelaskan sebagai mempunyai penyakit Kusta Pausibakilari atau Kusta Multibakilari. Penyakit Kusta Pausibakilari adalah serdahana dan bercirikan satu atau lebih makules kulit hipopigmen. Penyakit Kusta Multibakilari pula dikaitkan dengan lesion kulit sekata, nodule, lendir (plaques), kulit menebal, dan peningkatan lendir hidung menyebabkan hidung tersumbat dan epistaxis (hidung berdarah).
Menu
Penyakit kusta Ciri-ciri klinikalBerkaitan
Penyakit Penyakit kencing manis Penyakit Alzheimer Penyakit koronavirus 2019 Penyakit kencing tikus Penyakit anemia Penyakit serebrovaskular Penyakit anjing gila Penyakit motor neuron Penyakit endokrinRujukan
WikiPedia: Penyakit kusta http://icd9.chrisendres.com/index.php?action=searc... http://www.diseasesdatabase.com/ddb8478.htm http://www.emedicine.com/derm/topic223.htm http://www.emedicine.com/med/topic1281.htm http://www.emedicine.com/neuro/topic187.htm http://www.time.com/time/magazine/article/0,9171,9... http://www.cdc.gov/ncidod/dbmd/diseaseinfo/hansens... //www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/10255067 //www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/7577430 http://www.nlm.nih.gov/cgi/mesh/2020/MB_cgi?field=...